Tuesday, February 15, 2011

KEHIDUPAN DI RUMAH BARKAT


PENDAHULUAN :
Rumah Berkat adalah sebuah rumah yang di khaskan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik.  Kebiasaannya ia berpunca daripada masalah penceraian ibu bapa , masalah kesulitan dalam memelihara anak-anak mereka terutama bahagian kewangan dan lain-lain.


LATAR BELAKANG YANG TELAH DI TEMUBUAL :
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut saya telah menebual seseorang yang telah banyak berjasa terhadap rumah berkat tersebut iaitu PN. HAJAH RAHMAH  BT. ARSHAD di mana rumah berkat tersebut terletak di Bukit Cagar , Johor Bahru , Johor. Beliau telah berkhidmat di rumah berkat selama 14 tahun dan merupakan salah seorang tukang masak yang amat professional.Pn. Hajah Rahmah boleh di katakan menghabiskan sepenuh masanya dengan berkhidmat di rumah berkat.Beliau juga mempunyai 4 orang anak dan  2 orang cucu dan salah seorang daripada anaknya adalah sahabat baik saya.Pn.Hajah Rahmah juga berasal dari Muar,Johor dan berusia 52 tahun kini. Beliau seorang yang bersifat keibuan , lemah-lembut dan penyabar.Walaupon beliau nampak seorang yang penyabar , namun Pn. Hajah rahmah juga merupakan seorang yang tegas apabila mendidik anak-anaknya.Pn Hajah Rahmah agak cerewet dalam masakannya terutama apabila makanan tersebut di jamu selain dirinya sendiri. Contohnya , beliau akan membersihkan makanan yang akan di masak sebersihnya sebelum di masak. Kini beliau telah pencen dan tinggal bersama anak sulongnya di Tampoi , Johor Bahru , Johor.


LATAR BELAKANG RUMAH BERKAT :
Rumah Berkat yang telah saya kaji terletak di Bukit Cagar ,Johor Bahru. Ianya ditubuhkan pada tahun 1988. Rumah Berkat tersebut ditubuhkan oleh Tn.Haji Hadi b. Amran. Dahulunya  tidak lebih dari 50 orang penghuni dapat memenuhi rumah berkat tersebut tetapi sekarang telah berjaya memuatkan lebih kurang 300 orang. Kini rumah berkat tersebut terdapat kira-kira 14 bilik di mana 10 bilik di khaskan untuk kanak-kanak rumah berkat dan 4 lagi di khaskan bagi kakitangan di situ. Antara di kalangan umur kanak-kanak yang diterima untuk menjadi penghuni rumah berkat adalah di kalangan 2 tahun sehingga 17 tahun. Mereka di beri peluang untuk tinggal di rumah berkat juga atas dasar-dasar atau sebab-sebab tertentu. Kini pengasas rumah berkat tersebut ialah Pn. Hajah Hamidah Bt. Kassim di mana beliau salah seorang pewaris Tn.Haji Hadi b. Amran. Tambahan pula , kakitangan di rumah berkat tersebut mempunyai 10 orang kakitangan yang di pertanggungjawabkan untuk menjaga dan menguruskan kanak-kanak di rumah berkat itu. Bagi pengambilan kanak-kanak baru untuk masuk ke rumah berkat , borang kemasukan boleh di ambil terus di pejabat Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim.Antara syarat-syarat untuk kemasukan ke rumah berkat hendaklah anak yatim atau piatu , syarat-syarat mengikut terma rumah berkat dan pengambilannya agak terhad. Selain itu , terdapat juga maklumat penting yang perlu di bawa bersama apabila berjumpa dengan pegawai di pejabat Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim adalah sijil kematian bapa , surat beranak asal kanak-kanak tersebut dan keputusan terkini daripada pihak sekolah. Maklumat ini amat penting untuk pejabat Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim mempertimbangkan samada kanak-kanak tersebut layak atau tidak untuk masuk ke rumah berkat. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut juga , pejabat Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim ada menyediakan laman web mereka sendiri iaitu http://www.pkayj.org/v1/2010/06/30/pengambilan-anak-anak-/ ia akan memudahkan sesiapa sahaja untuk mendapatkan maklumat terkini.


CABARAN BAGI MENERUSKAN KEGIATAN RUMAH BERKAT :
Antara cabarannya adalah memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak ,kesempitan modal , menguruskan kanak-kanak yang mendiami rumah tersebut dan lain-lain. Ianya memerlukan semangat jihad yang tinggi daripada semua pihak seperti pihak kerajaan ,pihak swasta serta adalah masyarakat. Selain itu , modal juga merupakan sumber yang sangat penting untuk mempertingkatkan lagi rumah berkat tersebut. Contohnya mempertingkatkan dari gi seni bina , aktiviti sosial , memenuhi keperluan dan lain-lain. Bukan itu sahaja ,urusan dalam menyempurnakan kanak-kanak tersebutjuga , ianya memerlukan usaha yang gigih. Ia harus di beri pendidikan yang penuh untuk melahirkan insan yang dapat berbakti pada agama ,bangsa dan negara pada masa akan datang. Terutamanya pada zaman sekarang pelbagai cabaran yang di hadapi seperti dunia yang terlalu canggih , yang tiada batasan atau sempadan sehingga sukar membentuk kanak-kanak tersebut menjadi seseorang yang berguna dan berjaya. Disiplin yang terkawal juga harus di pupuk sejak kecil lagi supaya ianya tidak seperti “sudah jatuh di timpa tangga”.Masalah pengambilan anak angkat juga menyukarkan pihak rumah berkat.Hal ini kerana , ibu bapa angkat yang ingin mengambil kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat , mereka hendaklah mempunyai kehidupan yang sempurna , kewangan yang stabil dan paling penting berpendidikan agama supaya kanak-kanak tersebut tidak terasa diri mereka terabai.


AKTIVITI – AKTIVITI DI RUMAH BERKAT :
Kebiasaannya kakitangan rumah berkat sering menyediakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak di rumah berkat. Ini kerana untuk membentuk jati diri mereka menjadi lebih mantap dan berdisiplin.Pada setiap awal pagi kanak-kanak di rumah berkat akan di kejutkan untuk menyucikan diri , menunaikan solat subuh dan bersiap sedia untuk melakukan aktiviti harian masing-masing seperti pergi ke sekolah , menghadiri kelas agama dan lain-lain. Apabila waktu petang mereka akan di beri kebebasan untuk melakukan apa sahaja kegiatan yang di inginkan contohnya beriadah bersama sahabat , merehatkan diri dan sebagainya.Pada waktu malam pula , mereka akan menghadiri kelas mengaji yang di ketuai oleh ustaz Saiful Salleh bin Haji Amirul dan ustazah Siti Nor Aina Bt. Haji Sapaat.Kanak-kanak tersebut bukan sahaja di ajar untuk membaca atau mengaji Al-Quran , malah mereka juga telah di ajar tajwid , fardu ain dan fardu kifayah dan lain-lain.Selepas tamat kelas mengaji , mereka juga berpeluang untuk menghadiri kelas tusyen yang di anjurkan oleh rumah berkat di mana guru-guru tersebut merupakan guru-guru bertauliah dan tidak mengambil yuran untuk mengajar mereka atas keikhlasan  mereka untuk  membantu kanak-kanak di rumah berkat tersebut.Di antara gurunya ialah Tn Syed Amir b. Syed Ali , Pn Balqis Alya , En. Ahmad Daniel b. Idris, En. Fakrul Hazim b. Nizam , Cik Natasha Amira dan Pn Al Nazliana Bt Aiman Nor.Subjek yang akan di pelajari juga ada pelbagai subjek seperti Bahasa Inggeris ,Bahasa Melayu ,Matematik dan Sains.Berbeza pula pada setiap hujung minggu , kanak- kanak di rumah berkat akan melakukan aktiviti yang berbeza berbanding hari biasa.Mereka akan menjalankan kegiatan sosial seperti melakukan gotong royong , melawat ke institut berpendidikan tinggi , menziarahi golongan tua yang di tinggalkan anak-anak mereka di rumah-rumah orang tua dan lain-lain.Kegiatan di rumah berkat akan sering berubah mengikut peredaran masa untuk mengelakkan rasa bosan dalam mengerjakan kegiatan tersebut.Aktiviti ini juga melatih kanak-kanak di rumah berkat tidak kekok untuk menyesuaikan diri pada masa akan datang serta tahu apa yang berlaku di sekitar mereka ketika ini.Apabila berhadapan dengan dunia luar , mereka juga akan dapat menyelesaikan segala masalah yang menimpa dengan hati yang tabah. 


KENANGAN MANIS DAN PAHIT PN.HAJAH RAHMAH:
Setiap orang mempunyai pengalaman manis dan pahit masing-masing , begitu juga dengan Pn.Hajah Rahmah. Kenangan pahit beliau adalah di mana anak bongsu beliau telah di tuduh atau di fitnah mencuri hasil derma dari orang luar. Namun , Pn. Hajah Rahmah  tetap tabah  serta meneruskan lagi khidmat beliau sebagai seorang tukang masak sehingga akhirnya pesalah yang melakukan kegiatan tidak bermoral itu dapat di kesan.Pesalah yang melakukan kegiatan tersebut di tangkap oleh pegawai polis kerana sifat tamaknya menunjukkan cirri-ciri orang yang di syaki mencuri hasil derma tersebut.Malah, Pn.Hajah Rahmah tidak pernah berdendam terhadap pelaku tersebut.Bagi kenangan manis pula , kanak- kanak di rumah berkat tersebut selesa menggelarnya ibu kerana sifat keibuan yang di tonjolkan olehnya. Pn. Hajah Rahmah juga pernah di anugerahkan tukang masak popular kerana masakannya yang sungguh lazat. Tambahan pula , beliau telah di hadiahkan pakej pelancongan ke Pulau Sibu untuk satu keluarga atas sebab jasa baiknya yang telah berkhidmat selama 14 tahun. Disebabkan itu juga anak-anak beliau terpengaruh untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.Selain itu , Pn. Hajah Rahmah sehingga kini berasa hatinya sangat gembira dan amat tenang kerana kanak-kanak yang dahulunya di jaga di bawa asuhan beliau , sering datang  menzirahi Pn. Hajah Rahmah walaupun beliau sudah tidak berkhidmat lagi di Rumah Kebajikan di Bukit Cagar , Johor Bahru , Johor. Hal ini kerana , kepada beliaulah tempat mereka berkongsi kasih dam segala masalah.


SUMBANGAN PN.HAJAH RAHMAH :
Terlalu banyak jasa beliau untuk di perungkapkan.Di antaranya adalah Pn.Hajah Rahmah tidak kedekut dalam memberikan ilmu seperti beliau mengajar kanak-kanak tersebut mengaji Al-Quran tanpa gaji , bercerita tentang kisah-kisah nabi serta beliau sering memberikan resipi masakannya kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya. Selain itu, beliau juga sering menawarkan perkhidmatan sebagai tukang masak di mana-mana tempat yang memerlukan perkhidmatan beliau mengikut pembayaran upah secara sukarela. Pn. Hajah Rahmah juga tidak kurang memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan apabila rezeki beliau lebih. Sikapnya yang suka membantu membuatkan ramai pihak berasa selesa apabila barsama atau ingin meminta bantuan daripada beliau. Bukan itu sahaja , sifatnya yang suka meluangkan masa bersama kanak-kanak tersebut menjadikan beliau amat di sayangi kerana beliau salah seorang tempat kanak-kanak rumah berkat menumpang kasih. Idea-idea yang disumbangkan juga amat bernas di mana beliau mancadangkan pihak rumah berkat untuk menggunakan peruntukkan yang diterima bagi membuka kelas tusyen kepada kanak-kanak rumah berkat. Malah guru yang mengajar juga kebanyakkannya adalah dengan niat ikhlas untuk membantu kanak-kanak tersebut. Hasil cetusan idea beliau akhirnya melahirkan pelajar yang berjaya daripada golongan kanak-kanak rumah berkat tersebut.


HARAPAN PN.HAJAH RAHMAH :
Pn Hajah Rahmah mentitipkan sedikit pesanan beliau di mana beliau berharap lebih ramai lagi golongan yang dapat meringankan beban turut turun ke padang bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.Hal ini kerana lebih ramai pihak yang datang membantu , bebanan yang di rasai tidak terlalu berat.Pn Hajah Rahmah juga berharap golongan remaja tidak kurang dalam membantu terutama dari segi perkhidmatan seperti dalam menyumbangkan aktiviti sosial kepada kanak-kanak ini. Golongan remaja hendaklah tidak memandang rendah terhadap kanak-kanak di rumah berkat sebaliknya mereka juga boleh menyumbangkan ilmu kepada kanak-kanak tersebut supaya mereka tidak rasa tersisih. Selain itu , Pn Hajah Rahmah juga berharap rumah berkat tersebut akan di pertingkatkan lagi supaya kanak-kanak tersebut selesa menjadi penghuni di rumah berkat. Pihak masyarakat juga tidak ketinggalan supaya dapat membantu dari segi kewangan dan perkhidmatan. Ini kerana , semangat kerjasama dari golongan masyarakat akan menjadikan impian rumah berkat akan tercapai seterusnya dapat melahirkan seseorang yang bermodal insan.Pn. Hajah Rahmah juga berharap sebagai sesama manusia kita hendaklah saling mengasihi kerana tiada taraf yang dapat membezakan kita sebagai makhluk Allah s.w.t. Sememangnya tiada seorang pun yang sempurna meskipun di mata kasarnya segalanya cukup lengkap.Tidak terkecuali juga di mana beliau berharap kanak-kanak yang tinggal di rumah berkat tidak mengecewakan atau menghampakan pengasas utama Rumah Berkat yang bercita-cita supaya kanak-kanak tersebut berjaya sama seperti insan lain.Justeru itu , kanak- kanak di rumah berkat hendaklah menanamkan azam yang kuat supaya mereka dapat menjadi seseorang yang berguna pada masa akan datang.Segala usaha yang di pertangunggjawabkan kepada kakitangan rumah berkat seharusnya tidak di sia-siakan oleh mereka.Hanya usaha daripada sebelah pihak belum tentu dapat menjanjikan yang terbaik buat kanak-kanak di rumah berkat.Dengan itu , kerjasama daripada semua pihak amat di harapkan agar dapat mencapai visi dan misi rumah berkat.


PENUTUP :
Kesimpulannya adalah , kita sebagai makhluk di muka bumi ini dan seseoarang yang berpijak di alam nyata hendaklah sedar akan kehidupan semua insan.Kita seharusnya saling membantu di dalam apa jua bentuk pertolongan supaya dapat mengurangkaan beban atau masalah yang di timpa oleh orang yang kurang bernasib baik.Allah juga ada menerangkan bersedekahlah kita ke jalan yang di redhai Allah s.w.t.Salah satu ayat yang di turunkan ole Allah iaitu
"Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad: Apakah yang akan mereka belanjakan? Katakanlah: Apa jua harta benda yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui-Nya." [1]
dari surah al-baqarah , ayat 215 , di letakkan anak yatim di kedudukan yang ketiga selepas ahli keluarga. Maka begitu tinggi keutamaan untuk kita menginfaqkan harta untuk anak-anak yatim, iaitu selepas ibu bapa dan ahli keluarga kita.Juga, secara jelas, anak yatim dan orang miskin dinyatakan secara berasingan di dalam ayat ini. Ini bermaksud, semua anak yatim diutamakan untuk menerima infaq tanpa mengira anak yatim itu miskin atau tidak. Andai infaq di beri kepada anak yatim yang miskin, maka infaq itu lebih bermakna kerana menepati dua golongan sekali gus, iaitu anak yatim dan orang miskin.Jika kita menggunakan rezeki yang di turunkan kepada kita ke jalan Allah nescaya pintu rezeki kita juga akan sentiasa terbuka.Bukan itu sahaja , kita seharusnya tidak memandang rendah terhadap orang yang tidak mempunyai ibu bapa sebaliknya kita hendaklah berkongsi kasih dengan mereka yang kurang bernasib baik.


No comments:

Post a Comment